Tarikh Semakan Keputusan UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, STAM, STPM serta
Semakan Tawaran SBP, Sekolah Kawalan, MRSM, Tingkatan 6, Matrikulasi, MUET dll

Posts Tagged ‘Panduan Ujian Lisan Bahasa Melayu’

Panduan Ujian Lisan Bahasa Melayu Untuk Calon Persendirian (Tertakluk kepada pindaan oleh LPM)

Posted on: March 22nd, 2014 by viewnow
  • Calon akan dihubungi dan dimaklumkan tarikh (bulan Julai), masa/sesi serta tempat ULBSBM akan dijalankan.
  • Pada hari berkenaan, anda perlu mendaftarkan diri kepada guru bertugas di pusat ULBSBM.
  • ULBSBM akan terbahagi kepada 2 bahagian:
    • Individu
    • Kumpulan
  • Untuk individu, model 1 akan digunakan, iaitu calon akan berbual dengan pentaksir lisan.

    MODEL 1

     

    Anda akan disoal:

    • Maklumat peribadi sebagai sesi perkenalan.
    • Biasanya,  tajuk/tema diberi. Anda perlu bercakap dengan lancar, menggunakan bahasa yang baku dan dapat menguasai isi bagi tajuk/tema berkenaan.


  • Untuk kumpulan, anda akan dibahagikan kepada kumpulan seramai 3 hingga 4 orang.
    • model 5 akan digunakan, iaitu perbualan secara berkumpulan.

    MODEL 5

     

  • Biasanya,  tajuk/tema diberi.
  • Anda perlu aktif bercakap dengan lancar, menggunakan bahasa yang baku dan dapat menguasai isi bagi tajuk/tema berkenaan.
  • Jangan biarkan ahli kumpulan yang lain sahaja bercakap!
  • Anda dan kumpulan diberi masa untuk perbincangan awal sebelum dipanggil untuk sesi penilaian.

KRITERIA PENSKORAN

 

BAHAN/AKTIVTITI

  

BORANG ULBS

Rujukan : Buku Panduan ULBS, LPM, KPM