- Calon akan dihubungi dan dimaklumkan tarikh (bulan Julai), masa/sesi serta tempat ULBSBM akan dijalankan.
- Pada hari berkenaan, anda perlu mendaftarkan diri kepada guru bertugas di pusat ULBSBM.
- ULBSBM akan terbahagi kepada 2 bahagian:
- Individu
- Kumpulan
- Untuk individu, model 1 akan digunakan, iaitu calon akan berbual dengan pentaksir lisan.
MODEL 1
Anda akan disoal:
- Maklumat peribadi sebagai sesi perkenalan.
- Biasanya, tajuk/tema diberi. Anda perlu bercakap dengan lancar, menggunakan bahasa yang baku dan dapat menguasai isi bagi tajuk/tema berkenaan.
- Untuk kumpulan, anda akan dibahagikan kepada kumpulan seramai 3 hingga 4 orang.
- model 5 akan digunakan, iaitu perbualan secara berkumpulan.
MODEL 5
- Biasanya, tajuk/tema diberi.
- Anda perlu aktif bercakap dengan lancar, menggunakan bahasa yang baku dan dapat menguasai isi bagi tajuk/tema berkenaan.
- Jangan biarkan ahli kumpulan yang lain sahaja bercakap!
- Anda dan kumpulan diberi masa untuk perbincangan awal sebelum dipanggil untuk sesi penilaian.
KRITERIA PENSKORAN
BAHAN/AKTIVTITI
BORANG ULBS
Rujukan : Buku Panduan ULBS, LPM, KPM