Tarikh Semakan Keputusan UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, STAM, STPM serta
Semakan Tawaran SBP, Sekolah Kawalan, MRSM, Tingkatan 6, Matrikulasi, MUET dll

Posts Tagged ‘pendaftaran SPMU’

PANDUAN RINGKAS PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM ( NOVEMBER ) DAN SPM ULANGAN ( JUN ) 2020

Posted on: January 2nd, 2020 by viewnow

1. Pendaftaran boleh dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri pada tarikh seperti berikut:

Tarikh Buka Pendaftaran           :           1 Mac Tahun Semasa

Tarikh Tutup Pendaftaran         :           31 Mac Tahun Semasa

Masa Pendaftaran                     :    Waktu Pejabat Setiap JPN

Tempat                                        :   Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan                                                                            Negeri Masing-masing

                                                        ATAU di

                                                        PPD setiap Negeri. Sila rujuk alamat di bawah :

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lumpur, Selangor, N9, Melaka, Johor

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kedah, P. Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sabah, Sarawak


2. SYARAT KELAYAKAN CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA CALON PERSENDIRIAN (NOVEMBER)

a.    Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau

b.    Calon mestilah telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM, atau

c.    Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

d.    Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa  Melayu   sahaja   hendaklah  mendapat   kebenaran   khas   bertulis   daripada   Pengarah Peperiksaan.

 

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (NOVEMBER)

a.  Calon hanya dibenarkan mendaftar maksimum 10 mata pelajaran termasuk mata pelajaran teras dan elektif. Calon boleh menambah dua mata  pelajaran sebagai mata pelajaran tambahan dari senarai mata pelajaran elektif. Jumlah pendaftaran mata pelajaran tidak melebihi 12 mata pelajaran.

b. Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih waktu peperiksaannya.  Sila    rujuk   Jadual  Waktu  SPM.

c.  Mata pelajaran 1223 hendaklah digugurkan sekiranya calon mendaftar dua mata pelajaran berikut: 5227 dan 5228.

d.  Mata pelajaran 1511 hendaklah digugurkan sekiranya calon mendaftar dua mata pelajaran berikut:  4531, 4541, 4551.

SENARAI MATA PELAJARAN TERAS (6) – Wajib bagi Calon Pertama Kali Daftar SPM

1.   1103 Bahasa Melayu**

2.   1119 BahasaI nggeris

3.   1223 Pendidikan Islam*   atau

3.   1225 Pendidikan Moral**

4.   1249  Sejarah**

5.   1449  Mathematics*

6.   1511  Science**

SENARAI MATA PELAJARAN ELEKTIF

2020new2

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang / Wang Pos/Bank Draf.

 

Tarikh Peperiksaan Bertulis  Sijil Pelajaran Malaysia Calon Persendirian  (November) :

5 – 14 Oct 2020    dan     2 – 19 November 2020. (2 fasa)




3. SYARAT KELAYAKAN CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU)

Bagi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), syarat menduduki ialah calon pernah menduduki peperiksaan
SPM /SPM(V)/SPVM/MCE

 

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU)

  1. Mata Pelajaran yang ditawarkan (Mulai Tahun 2020):
    Bahasa Melayu,     Sejarah,      Matematik            (3 SAHAJA)
  1. Calon Sijil Pelajaran Malaysia 2015 yang GAGAL mata pelajaran Sejarah kod 1249 boleh mendaftar mata pelajaran Sejarah kod 1249 SPM(U) untuk memenuhi syarat layak mendapat sijil.
  1. Calon yang mendaftar mata pelajaran Sejarah kod 1249 SPM(U) hendaklah menduduki semua kertas iaitu Sejarah 1 kod 1249/1, Sejarah 2 kod 1249/2 dan Sejarah 3 kod 1249/3.
  1. Calon hendaklah memuat turun Tema Umum bagi kertas Sejarah 3 kod 1249/3, enam minggu (6) dari tarikh peperiksaan bagi membuat persediaan.
  1. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan Kiriman Wang / Bank Draf.
  1. Tarikh Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia ( Ulangan ) : 23 Jun hingga 25 Jun 2020.

 

4, UJIAN LISAN KHUSUS CALON PERSENDIRIAN ( ULKCP )

  1. Calon Persendirian  yang  pertama  kali  menduduki peperiksaan  wajib  melaksanakan Ujian  Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) bagi mata pelajaran 1103, 1119, 6351 dan 6354 serta Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi 2361 dan 5227.
  1. Calon diminta menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri jika belum menerima Jadual Waktu SPM dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan dan surat pemberitahuan ULKCP/PLBS
  1. Calon yang membuat pembetulan maklumat mata pelajaran antara 15 April hingga 15 Mei tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap mata pelajaran. Calon tidak dibenarkan membuat sebarang pembetulan maklumat mata pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
  1. Calon yang  membuat  pembetulan  maklumat  calon  selepas  15  April  tahun  peperiksaan akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap permohonan pembetulan.
  1. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan Kiriman Wang / Bank Draf.
  1. Calon Persendirian yang mendaftar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (1103) dan peperiksaan Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu  (1103), Bahasa Inggeris (1119), Bahasa Cina (6351), Bahasa Tamil (6354), Bahasa Arab (2361) serta Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (5227) wajib melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) / Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) sekiranya calon termasuk dalam satu daripada kategori berikut:

6.1       Calon persendirian yang pertama kali mendaftar peperiksaan SPM;

6.2         Calon persendirian yang mengulang selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM;

6.3         Calon persendirian yang  mengulang dalam tempoh tiga tahun  daripada tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan G (Gagal) atau T (Tidak Hadir).

  1. Calon persendirian tidak wajib melaksanakan ULKCP/PLBS sekiranya calon mengulang dalam tempoh tiga tahun (dalam 2017, 2018 atau 2019) daripada tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM atau SPMU dan LULUS mata pelajaran tersebut.
  1. Calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ULKCP tanpa memohon kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.
  1. Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia Persendirian ( November ) :

02 Jun sehingga 30 Jun 2020

.

  1. Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia ( Ulangan ) :
  1. Bahasa Melayu –           02 Jun hingga 30 Jun 2020.

Tarikh, masa dan tempat ujian lisan akan dimaklumkan kepada calon dua minggu sebelum ujian lisan dijalankan.

 

BERKAITAN: PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN SPM CALON PERSENDIRIAN

 

Tag : PANDUAN PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM ( NOVEMBER )