- Di manakah calon boleh membuat permohonan kemasukan pelajar?
Calon boleh membuat permohonan kemasukan pelajar di laman web rasmi UPU
- Berapakah harga pembelian nombor unik ID BSN?
Lepasan | Deskripsi | Harga |
Kategori A | SPM dan SKM | RM 10.60 |
Kategori B | STPM, Diploma/Setaraf, Matrikulasi, STAM …. | RM 15.60 |
.
- Bagaimanakah calon ingin mendapatkan maklumat mengenai IPTA/Politeknik Premier, senarai program pengajian yang ditawarkan dan syarat khas program sewaktu membuat permohonan?
Calon boleh mengetahui maklumat-maklumat di atas dengan melayari laman web rasmi UPU iaitu http://upu.moe.gov.my pada bahagian e-panduan.
- Apakah BROWSER yang seharusnya digunakan oleh setiap calon bagi mendapatkan resolusi paparan terbaik?
Calon disarankan menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk mendapatkan resolusi paparan terbaik.
- Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah pop-up pada BROWSER yang digunakan oleh calon?
Calon perlu pastikan Pop-up Blocker tidak dikenakan pada laman web http://upu.moe.gov.my/
Langkah-langkah :
Bagi Mozilla Firefox. Klik Tools > Options > Content > Block pop-up windows > Exceptions dan masukkan alamat http://upu.moe.gov.my/ Klik allow untuk selesai.


Bagi Google Chrome, Klik pada bahagian kanan atas, > Settings > Show advanced settings > “Privacy” section, click Content settings > Pop-ups > Manage exceptions dan masukkan alamat http://upu.moe.gov.my/ Klik ‘done’ untuk selesai.
- Bagaimanakah sekiranya nombor unik ID BSN calon didapati salah dan tidak boleh digunakan untuk membuat permohonan?
Lazimnya, pihak BPKP (UPU) akan mendapatkan maklumat diri calon terlebih dahulu untuk membuat semakan dan seterusnya merujuk Pegawai Teknologi Maklumat. Namun, jika isu ini masih tidak dapat di atasi, calon disarankan untuk merujuk kembali pihak BSN.
- Apakah tindakan yang sepatutnya jika calon terlupa kata laluan?
Sekiranya pemohon menghadapi masalah kata laluan, pihak BPKP (UPU) akan mengambil butiran maklumat pemohon dan seterusnya membuat semakan menerusi Modul Semakan Data Calon untuk membekalkan kata laluan.
- Bilakah calon-calon boleh mengetahui tarikh-tarikh penting bagi sesi akademik 2014/2015?
Maklumat tarikh-tarikh penting boleh didapati di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang tertera pada pautan http://www.moe.gov.my/. Calon disarankan untuk mengguna pakai maklumat yang disahkan atau secara rasmi oleh pihak Jabatan Pengajian Tinggi/Sektor Pengajian Tinggi melalui medium rasmi sahaja.
- Apakah senarai kategori yang tepat bagi para calon yang akan membuat permohonan?
Bagi Kategori Lepasan SPM adalah seperti berikut:

Bagi Kategori Lepasan STPM 2013 adalah seperti berikut:

Bagi Kategori Lepasan MATRIKULASI KPM, PASUM dan ASASI UiTM adalah seperti berikut:

Bagi Kategori Lepasan DIPLOMA/SETARAF adalah seperti berikut:

Bagi Kategori Lepasan STAM 2013/2012 adalah seperti berikut:

- Bagaimanakah calon ingin membetulkan kesalahan seperti berikut:
Calon salah kategori
Calon salah mengisi aliran
Maklumat calon sering bertukar dengan rakan
- Bolehkah calon mendapat peluang menambah baki kemaskini sekiranya sudah kehabisan peluang mengemaskini?
Calon tidak boleh menambah baki kemaskini setelah baki kemaskini habis. Hanya untuk masalah yang tertentu sahaja akan dipertimbangkan.
- Sekiranya calon salah mengisi PNGK dan baki kemaskini sudah habis, apakah tindakan wajar yang harus diambil oleh calon?
Calon wajar untuk menghubungi pihak BPKP (UPU) untuk memaklumkan perkara ini terlebih dahulu.
- Bagaimanakah cara pengisian PNGK bagi calon lepasan A-Level?
Calon dikehendaki untuk memilih ruangan PNGK lain-lain.
- Adakah calon wajib mengambil peperiksaan MUET?
Wajib bagi calon Lepasan STPM/Setaraf untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Pertama.
- Sekiranya bapa calon menggunakan nombor kad pengenalan polis, apakah cara untuk mengisi ruangan nombor kad pengenalan bapa?
Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan salah seorang sahaja iaitu ibu/bapa/penjaga.
- Bagaimana calon perlu mengisi maklumat nombor kad pengenalan ibu bapa jika salah seorang daripada mereka adalah bukan warganegara Malaysia?
Calon dikehendaki untuk mengisi maklumat nombor kad pengenalan salah seorang daripada mereka ataupun dengan menggunakan kad pengenalan sementara (merah) salah seorang daripada mereka.
- Apakah yang perlu diisi pada ruangan maklumat ibu bapa, sekiranya salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia?
Calon hanya perlu mengisi salah seorang sahaja iaitu ibu/bapa/penjaga yang masih hidup.
- Adakah calon Lepasan Matrikulasi (Bukan Tahun Semasa) dibolehkan untuk membuat permohonan kemasukan ke program perubatan?
Tidak boleh kerana program perubatan hanya ditawarkan pada sesi kemasukan tahun semasa SAHAJA.
- Adakah calon Lepasan SPM Ulangan perlu mengisi maklumat kokurikulum?
Bagi soalan ini, calon perlu memahami bahawa terdapat dua kategori lepasan SPM ulangan iaitu:
- Calon Lepasan STAM tahun semasa menghadapi masalah untuk mengisi maklumat pada bahagian akademik dan keputusan STAM tahun semasa. Apakah yang perlu dilakukan oleh calon?
Bagi calon kategori setaraf, anda tidak perlu mengisi maklumat pada bahagian akademik dan keputusan STAM kerana sistem akan membuat padanan secara automatik.