Permohonan Kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke A1M dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 sesi tahun 2014 mulai sekarang sehingga 30 Jan 2014.Sekolah-sekolah yang menawarkan Program Asrama 1Malaysia adalah seperti berikut:
Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M adalah seperti berikut: I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014. II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan. IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar. V. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama). VI. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon. VII. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja. VIII. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut : a. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan c. Keputusan UPSR 2013 b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa d. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum IX. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD. Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014 boleh dimuat turun di bawah. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014. |