Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU Tahun 2017

Panduan Am dan Panduan Khusus Permohonan ke Tingkatan 1 SBP Tahun 2015

Posted on: September 14th, 2014 by viewnow
s-f-R

PANDUAN AM

1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
2. Pemohon dikehendaki mengisi SEMUA MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL, LENGKAP dan TEPAT;
3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak.
PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN PERMOHONAN DIBUAT.
5. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH ASAL PEMOHON.Setiap CETAKAN borang permohonan MESTI ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga.


PANDUAN KHUSUS

MAKLUMAT 1-4 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR
1. ANGKA GILIRAN
2. NO. SIJIL LAHIR / NO. MY KID
3. NAMA CALON
4. NAMA SEKOLAH
5. MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peribadi calon dipaparkan berdasarkan data daripada Sistem Pangkalan Data Murid (APDM) yang dikemaskini oleh guru kelas. Pemohon boleh membuat pengemaskinian sekiranya terdapat data yang tidak tepat.
6. TARIKH LAHIR
7. JANTINA
8. KAUM
9. AGAMA
10. WARGANEGARA
12. ALAMAT
13. POSKOD
14. BANDAR
15. NEGERI
16. NO. TELEFON UTAMA
17. NO. TELEFON BIMBIT
18. CALON MENETAP BERSAMA / TINGGAL DI :
19. STATUS OKU : YA/ TIDAK
20. STATUS CALON : YATIM / TIDAK
21. MAKLUMAT KEPEMIMPINAN

Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan pemohon yang berkaitan mengikut aspek-aspek berikut:
1. Kepemimpinan – Pilih Satu Jawatan Tertinggi
• Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas/ Ketua Pengawas Perpustakaan
• Pengawas/ Pengawas Perpustakaan/ Ketua Darjah/ Lain-lain yang setaraf
• Penolong Ketua Darjah/Lain-lain yang setaraf
• Jawatan Khas/Imam dan Lain-lain yang setaraf
• Ahli Jawatankuasa/lain-lain yang setaraf
• Tiada

22. KEGIATAN KO-KURIKULUM
Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan pemohon yang berkaitan mengikut aspek-aspek berikut:
SUKAN DAN PERMAINAN
1a. Pilih 3 Jenis Sukan Yang Diwakili (Pencapaian Tertinggi)
1b. Sukan Dan Permainan – Pilih Pencapaian Tertinggi

• Mewakili Negara
• Mewakili Negeri
• Mewakili Daerah/Bahagian/Zon
• Mewakili Sekolah
• Mewakili Rumah
• Tiada

KELAB DAN PERSATUAN
2a. Pilih Jenis Kelab / Persatuan Yang Disertai. (Jawatan Tertinggi)
2b. Kelab Dan Persatuan – Pilih Satu Jawatan Tertinggi

• Pengerusi / Lain-lain Yang Setaraf
• Setiausaha / Lain-lain Yang Setaraf
• Bendahari / Naib Pengerusi / Lain-lain Yang Setaraf
• Ahli Jawatankuasa
• Ahli Biasa
• Tiada

      PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
3a. Pilih Jenis Pasukan Unit Beruniform Yang Disertai. (Jawatan Tertinggi)
3b. Pasukan Unit Beruniform – Pilih Satu Jawatan Tertinggi

• Pengerusi / Sarjan / Ketua Pasukan Kanak-kanak / Ketua Utama Seksyen / Puteri Bongsu Cemerlang
• Timbalan Pengerusi / Setiausaha / Koperal / Ketua 6 Sekawan / Ketua Seksyen / Puteri Bongsu
• Bendahari / Lans Koperal / Penolong Ketua 6 Sekawan / Penolong Ketua Seksyen Kanan
• Ahli Jawatankuasa/ Ahli Aktif/ Penolong Ketua Seksyen
• Ahli Biasa
• Tiada

4a. Pencapaian Khas / Istimewa Pelajar ( Pilih Satu Pencapaian Tertinggi )
PENCAPAIAN KHAS/ISTIMEWA. Pencapaian Khas/Istimewa ini adalah selain daripada Pencapaian dalam bidang Sukan, Persatuan dan Unit Beruniform di atas.
Antara contoh Pencapaian Khas adalah Anugerah Tokoh Kanak-Kanak, Anugerah Nilam, Mewakili Negeri bagi Pertandingan Pidato, Mewakili Sekolah dalam Pertandingan Bercerita dan lain-lain lagi yang setaraf.
4b. Pencapaian Khas / Istimewa (Islam) (Pelajar Pilih Satu Pencapaian Tertinggi )
PENCAPAIAN KHAS/ISTIMEWA (Islam)

22. MAKLUMAT IBU BAPA / PENJAGA
Maklumat IBUBAPA / PENJAGA Dipaparkan Berdasarkan Data daripada Sistem Pangkalan Data Murid (APDM).
Pemohon boleh membuat pengemaskinian sekiranya terdapat data yang perlu dikemaskini.
23. NO. KP
24. NAMA
25. WARGANEGARA
26. PEKERJAAN
27. PENDAPATAN
28. NO. TELEFON
29. EMEL
30. JUMLAH TANGGUNGAN

31. JENIS SEKOLAH YANG DIPOHON
Senarai sekolah akan dipaparkan dan pilihan jenis sekolah boleh dibuat.
Pemohon perlu menyatakan persetujuan samada bersetuju untuk ditempatkan selain daripada sekolah atau aliran yang dipohon.
Pemohon perlu menyatakan persetujuan samada bersetuju untuk ditempatkan selain dari Sekolah Menengah Kebagsaan Agama (SMKA) yang dipohon.
Pemohon juga perlu menyatakan nama SMKA tersebut sekiranya murid ini mempunyai adik-beradik yang sedang belajar di SMKA.

DOKUMEN SOKONGAN
1. Setiap permohonan hendaklah dicetak dan disertakan dengan salinan dokumen berikut yang telah disahkan;
a. Sijil Kelahiran pemohon
b. Kad Pengenalan ibubapa / penjaga pemohon
c. Sijil Kokurikulum atau dokumen sokongan (pencapaian yang tertinggi)

Baca Lagi : Soalan-soalan kerap ditanya.

Tags:

Comments are closed.