2.1 Syarat AM: Berumur antara 17 sehingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa. Wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ringkasan (MBK sahaja):
Tidak melebihi 18 unit (3 mata pelajaran terbaik) untuk bidang STEM.
Tidak melebihi 18 unit (3 mata pelajaran terbaik) untuk bidang Sains Sosial.
Tidak melebihi 18 unit (3 mata pelajaran terbaik) untuk sekolah Agama.
2.2 SYARAT KHAS
2.2.1. Bidang STEM
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran iaitu sekurang- kurangnya C bagi mata pelajaran yang berikut:
- Matematik/Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Reka Cipta/Pengajian Agroteknologi/Sains Sukan/Sains Rumah Tangga/Sains Komputer/Grafik Komunikasi Teknikal
- Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian
2.2.2. Bidang Sains Sosial
2.2.2.1. Sekolah Menengah Harian.
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu/Literature in English
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual
- Seni Halus
- Teater
- Reka Bentuk
- Pendidikan Muzik
- Muzik
- Tari
- Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
- Matematik/Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains/Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam/Pendidikan Al-Quran dan Al- Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/
- Hifz Al-Quran/Maharat Al-Quran
- Bahasa Arab/Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Iban/Bahasa Kadazandusun/English for Science and Technology
- Pengajian Keusahawanan/Sains Sukan/Sains Rumah Tangga/Sains Komputer/Grafik Komunikasi Teknikal/Asas Kelestarian/Pertanian/Ekonomi/Perniagaan
2.2.2.2. Sekolah Menengah Agama
2.2.2.2.1 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab
dan
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Hifz Al-Quran/Maharat Al-Quran
2.2.2.2.2 Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab
dan
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Hifz Al-Quran/Maharat Al-Quran