Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU Tahun 2017

Mohon Cikgu Sumbangkan Soalan Trial STPM Baharu

Posted on: May 3rd, 2014 by viewnow

Mohon Cikgu Sumbangkan Soalan Trial STPM Baharu dari Sekolah Cikgu.

Adalah diketahui umum bahawa, soalan trial STPM Baharu yang dimulakan sejak pertengahan tahun 2012 sukar diperolehi dari internet sungguhpun format baharu STPM telah dilaksanakan selama hampir 2 tahun. Oleh itu, kami ingin menyediakan satu platform untuk saling bertukar soalan STPM format baharu di sini. Cikgu boleh hantarkan soalan trial dari sekolah cikgu ke  myschoolchildren@gmail.com atau tarik fail ke kotak di bawah sahaja. Kesemua 23 subjek STPM Baharu diterima. Soalan yang diterima akan diposkan di sini untuk muat turun secara PERCUMA (polisi myschoolchildren.com : tidak mengenakan sebarang bayaran, sekarang atau MASA HADAPAN,  kami hanya tutup kedai atau terus percuma, 2 pilihan sahaja).  Berjayanya platfrom ini bergantung pada sama ada warga pendidik rela menyumbangkan sedikit masa untuk membantu satu sama lain.


Cikgu bersedia untuk hantar soalan trial STPM cikgu ?

Berikut dipaparkan Soalan dan Skema Kertas Biologi Pengggal II (P2) dari SMJK Yok Bin Melaka. (Sumbangan Pn. Khoo WT)  

Download Q & A  

.
Tags:

Comments are closed.