Calon SPMU hendaklah membuat pendaftaran sendiri secara online. Nombor PIN akan diberi kepada calon-calon selepas membuat bayaran secukupnya ketika menyerahkan borang pendaftaran. Kegagalan mendaftar secara online akan mengakibatkan terbatalnya permohonan calon menduduki peperiksaan SPMU walaupun bayaran telah dibuat.
PERINGATAN : BAGI CALON SPM ULANGAN (JUN) SAHAJA! Sila layari laman web rasmi Lembaga Peperiksaan untuk maklumat tentang urusan Pendaftaran SPMU AtasTalian di alamat : https://spmu.moe.gov.my/daftar/