Tarikh Semakan Keputusan UPSR, PASR, PT3, SPM, SPMU, STAM, STPM serta
Semakan Tawaran SBP, Sekolah Kawalan, MRSM, Tingkatan 6, Matrikulasi, MUET dll

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Posted on: January 10th, 2014 by viewnow

Klik di sini akan kongsi halaman ini  di facebook anda.

Surat dari Datuk Dr. Madinah Binti Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (Ruj.KPM: KPM.BKP.300-1/12 (13),  Bertarikh : 8 Januari 2014)


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan, Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah bagi penyeragaman pemakaian baju korporat di kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM. Rekabentuk dan warna pakaian korporat adalah seperti yang ditetapkan di Lampiran A.


3. Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai/kakitangan. Perkara ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2008 di para 25 yang menyatakan bahawa “Pembekalan baju korporat Jabatan/Bahagian yang menggunakan peruntukan Kerajaan juga dihentikan serta merta“.


4. Selain daripada itu, pemakaian baju korporat oleh pegawai/kakitangan KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan/luar sahaja. Bagi pegawai/kakitangan lelaki, baju korporat hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang (slacks)/khakis dengan keutamaan kepada warna gelap. Bagi pegawai/kakitangan wanita, baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A” (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue.

5. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan juga, pakaian semasa bertugas di pejabat dan menghadiri upacara-upacara rasmi yang lain adalah tertakluk kepada Pekeliling dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:

(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam);

(ii) Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;


(iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi);


(iv) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)TT.193/37/Jid.4 bertarikh 15 Mac 2005 (Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat); dan


(v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis).


6. Pegawai/kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari masa ke semasa oleh Ketua Jabatan.


7. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi sepenuhnya dan memantau pelaksanaan pemakaian baju korporat oleh semua pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing demi meningkatkan imej korporat KPM.


8. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


LAMPIRAN A

REKABENTUK BAJU KORPORAT (LELAKI)

Baju korporat KPM - Lelaki

 Warna korporat KPM WARNA BAJU KORPORAT LELAKI  (Warna Korporat Kementerian)


Material :
Design : 

:  

 Vicose
 Base (White)
 Piping (Dark Blue)
   

Baju korporat KPM - Lelaki

REKABENTUK BAJU KORPORAT (PEREMPUAN)

Baju korporat KPM - Perempuan

 Warna korporat KPM WARNA BAJU KORPORAT WANITA (Warna Korporat Kementerian)


Material :
Design :

:
 …. 

  Vicose
  Base (White)
  Piping (Dark Blue)

 


Baju korporat KPM - Perempuan

 

 

Aplikasi Pangkalan Data Murid Online (APDM) Online

Tags:

Comments are closed.