Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU Tahun 2017

FAQ Permohonan ke Tingkatan 1 SBP Tahun 2015

Posted on: September 14th, 2014 by viewnow

Soalan-soalan Kerap Ditanya

1. Mengapa terjadi apabila dimasukkan Angka Giliran calon, ralat tidak tepat dipaparkan?
Untuk makluman, Angka Giliran UPSR mestilah SAMA seperti yang terdapat di dalam SLIP PENDAFTARAN PEPERIKSAAN calon. Sila berhubung dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat tersebut.

2. Apakah langkah seterusnya selepas cetakan borang permohonan dibuat?
Ibubapa/Penjaga calon perlu menandatangani cetakan borang permohonan tersebut dan menghantar ke SEKOLAH RENDAH ASAL calon bagi tujuan pengesahan di peringkat sekolah. Proses permohonan selesai selepas penghantaran cetakan borang permohonan tersebut kepada pihak sekolah.

3. Mengapakah saya tidak boleh membuat permohonan ke Sekolah Kawalan / Kelas Kawalan / Kelas Rancangan Khas?
Untuk makluman, jenis sekolah yang dinyatakan tersebut adalah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing dan sekiranya anda tidak dapat membuat permohonan kerana pilihan jenis sekolah yang dinyatakan tiada, ini bermaksud jenis sekolah tersebut tidak dibuka bagi permohonan secara atas talian bagi negeri tersebut.

4. Mengapakah saya tidak boleh membuat permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) /
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / Kelas Aliran Agama?
Untuk makluman, jenis sekolah yang dinyatakan tersebut adalah di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Sektor Pengurusan Islam (SPI) negeri masing-masing. Sekiranya anda tidak dapat membuat permohonan kerana pilihan jenis sekolah yang dinyatakan tiada, ini bermaksud jenis sekolah tersebut tidak dibuka bagi permohonan secara atas talian bagi negeri tersebut.

Tags:

Comments are closed.